Wednesday, 12 June 2013

SENARAI SIMPTOM DAN PENYAKIT YANG BOLEH DIUBATI


Apa - apa yang berlaku di dalam dunia ini.
Selagi kita islam. Selagi kita beriman. Sememangnya kita akan percaya bahawa:

''Sebarang penyakit terubati dengan izin Allah S.W.T"

Dan di bawah ini saya senaraikan antara simptom dan penyakit yang boleh diubati dengan pengambilan nutrisi daripada SHAKLEE.


PRODUK NUTRISI SHAKLEE MAMPU MEMPERBAIKI TAHAP KESIHATAN ANDA.
HUBUNGI 019 9773737 untuk sebarang order dan pertanyaan.
Antara penyakit yang mendapat feedback yang baik:
-          Sakit jantung / kolestrol tinggi / diabetes
-          Kurang Tenaga / susah bangun tidur
-          Kerap pening kepala
-          Gusi berdarah
-          Badan dan kulit mudah lebam
-          Gugup dan gementar
-          Mengantuk
-          Insomnia
-          Keinginan terhadap makanan manis yang sukar dikawal
-          Kurang berat badan
-          Berat badan berlebihan
-          Penghadaman yang kurang baik
-          Mata kering dan kurang penglihatan
-          Kuku yang mudah pecah
-          Kebas kaki dan tangan
-          Kejang kaki
-          Sakit – sakit badan
-          Bahu yang kaku
-          Sembelit dan masalah pelawasan
-          Rambut yang mudah gugur
-          Selalu menggunakan pil penahan sakit
-          Mudah menghidapi selsema
-          Nafas berbau
-          Sukakan makanan tinggi karbohidrat dan berlemak
-          Senggugut atau putus haid
-          Ketidaksuburan dan sukar peroleh anak
BERMINAT? SMS WASAP ke 019 9773737. Amalina

KEHADIRAN SHAKLEE UNTUK MEMBANTU

Kehadiran Shaklee di Malaysia bukanlah untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Akan tetapi, melihatkan kemajuan dan kemodenan hidup sekarang ini, semua orang mahu mengikut trend dan lifestyle. Walaupun kadar kewangan terhad, akan tetapi disebabkan lifestyle, ramai memilih untuk memakan fast food - sedap, lazat dan cepat!

Akan tetapi, kurangnya potensi dan kesedaran terhadap kuantiti dan kualiti makanan tersebut. Orang kita,
bersenam malas. Makan pun asal lalu depan mata, tak kira bergoreng, tak kira yang berkarbohidrat tinggi, selagi boleh masuk dalam perut, apa lagi - tolak sampai mentekedarah. uuuppsss. REALITI.

Hadirnya Shaklee untuk memberi kesedaran, dimana tahap kesihatan kita berada.
Hadirnya Shaklee untuk memberi pembelajaran " to educate people " tentang isu-isu remeh yang akhirnya boleh memberi impak kepada kehidupan manusia sejagat.
" why does it sounds so serious?"
"because it is"

Ramai juga di antara client saya yang sukar menerima apabila saya "bertanya" tentang pengambilan penambahan nutrisi. Kata mereka:
- nanti-nantilah beli
- tunggu gaji
- oh yeke, perlu ambil?

Bukankah penyataan-penyataan ini memperlihatkan bahawa mereka sebernarnya pandang enteng.
Atau sedang menunggu masa untuk menginap di katil mewah Hospital Awam?


Jom! Celik mata, buka hati buka minda dan terima!
Kita semua; anda, saya, dan mereka di luar sana. PERLU BERUBAH!

UNTUK KESIHATAN YANG MANTAP YANG MENYUMBANGKAN KEPADA KEHARMONIAN SEJAGAT!

Tuesday, 11 June 2013

PENULARAN PENYAKIT



Bahaya makanan sebagai punca penyakit
Budaya makan rakyat Malaysia banyak mendatangkan mudarat dan pembaziran. Malaysia menduduki tempat pertama dalam kalangan negara Asia yang paling ramai rakyatnya mengalami obesiti disebabkan makan melebihi keperluan badan dan kurang bersenam.

Realitinya, rakyat Malaysia bukan saja berdepan masalah obesiti, bahkan secara langsung mudah dijangkiti pelbagai jenis penyakit berbahaya seperti barah, masalah jantung, diabetes yang mempunyai hubung kait dengan cara pemakanan serta aktiviti harian.

SAYANGI JANTUNG ANDA HARI INI ! ANDA MAMPU MENGUBAHNYA.


Tuntutan bersederhana


Amalan makan berlebihan mendatangkan banyak keburukan dan sebab itu ia ditegah dalam Islam. Islam menganjurkan amalan bersederhana dan mengelak melakukan perbuatan berlebihan yang banyak mendatangkan keburukan.

Firman Allah SWT: “Makanlah dan minumlah serta janganlah berlebih-lebihan.” (Surah al-Araf, ayat 31)

Nasib rakyat negara ini lebih baik berbanding rakyat di negara lain dalam soal mendapat bekalan makanan. Rakyat Malaysia tidak berdepan masalah kelaparan biarpun dikategorikan hidup miskin.

Mengikut perangkaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), seorang daripada lima (kira-kira 800 juta) penduduk dunia berada dalam kelaparan. Pada waktu sama, lebih dua bilion penduduk mengalami kurang zat pemakanan.
Islam tidak melarang menikmati makanan dan minuman yang diingini selagi ia tidak melampaui batasan. Malah, sesiapa yang menikmati pelbagai jenis makanan dan minuman dengan sentiasa mengucapkan kesyukuran kepada Allah SWT, dialah orang yang beruntung.

Firman Allah SWT: “Oleh itu, makanlah (wahai orang yang beriman) semua yang telah dikurniakan Allah kepada kamu daripada benda-benda yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembah-Nya semata-mata.” (Surah al-Baqarah, ayat 172)

Makan ikut nafsu tak beri kepuasan

Sesiapa mengamalkan makan mengikut nafsu, dia tidak pernah memberi kepuasan hakiki kerana lebih banyak dimakan, perasaan puas semakin tidak dirasai. Sebab itu, nafsu makan jika semakin dituruti, lebih banyak keburukan yang timbul.


LET'S EAT UNTIL WE DIE? OH HO!!!




Sebenarnya makan berlebihan bukan saja mendatangkan masalah kepada kesihatan, tetapi juga kewangan. Disebabkan terlalu mengikut nafsu makan, seseorang terpaksa berbelanja lebih untuk makanan dan harga barang makanan juga semakin meningkat.

Satu lagi kesan kewangan disebabkan makan berlebihan ialah kos rawatan. Rakyat Malaysia membelanjakan banyak wang untuk kurus dan merawat penyakit berkaitan tidak menjaga cara makan.

Kita perlu bersyukur dengan nikmat makanan dengan mengelak pembaziran serta makan secara berlebihan hingga memudaratkan.

Menurut kajian pada 2006, lebihan makanan membentuk hampir separuh buangan pepejal di negara ini. Daripada hampir 20,000 tan buangan pepejal yang dihasilkan setiap hari, 45 peratus terdiri daripada makanan dibuang.

Bayangkan berapa banyak wang dibazirkan ke dalam tong sampah melalui makanan? Bagi orang berkemampuan, makanan tidak dianggap satu nikmat besar. Nikmat makanan hanya akan dihargai apabila berlaku kekurangan makanan.

Makanan adalah nikmat yang besar. Melalui makanan juga Allah SWT menguji manusia berdepan dengan kesukaran.

Firman Allah SWT: “Dan sesungguhnya Kami hendak menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan kepupusan buah-buahan, dan berikanlah berita gembira kepada mereka yang sabar.” (Surah al-Baqarah, ayat 155)

Bantu Muslim dalam kelaparan

Oleh itu, yang berkemampuan hendaklah menghulurkan bantuan makanan kepada mereka yang memerlukan. Masih ada jiran kita yang mengharapkan bantuan makanan untuk hidup lebih sihat. Wajib seorang Muslim membantu Muslim yang lain dalam keadaan kelaparan sekadar termampu.

Sabda Rasulullah SAW: “Apabila kamu memasak satu kuali, maka banyakkan airnya (kuah). Kemudian lihatlah kepada sesetengah jiran tetanggamu untuk diberikan kepada mereka.” (Riwayat Muslim)

Bagaimana Saya Mengenali Shaklee

Antara saya dan SHAKLEE.

Semuanya bermula apabila saya bertandang ke rumah saudara dan melihat sangat banyak produk SHAKLEE di dapur beliau.

Kebetulan, waktu itu saya sedikit lapar dan saya mencuba ESP beliau. Menu pertama saya ketika itu ESP + Milo. Wow, sedap! chill! membuatkan saya rasa;

"TAK SALAH KALAU BESOK SHOPPING DI SHAKLEE"

Okay. Kemudian sekembali saya ke Kelantan untuk bercuti, saya masih teringat akan kesedapan ESP. Mungkin sesuai dengan jiwa barangkali, terus saya google Shaklee HQ di Kota Bharu.

Pada waktu itu, tidak terfikir untuk join Shaklee, hanya semata untuk membeli dan menikmati kelazatannya.

Terus saya beli dan pulang ke rumah sambil memeluk ESP. wow - seriously ini sungguh drama. (:

Anda Berminat? Hubungi Amalina 019 9773737 untuk order.

notakaki: balik terus bancuh ESP. kenyang kenyang kenyang. dalam hati; makin cepat kurus nih.

SHAKLEE MALAYSIA DAN ANDA

SHAKLEE merupakan sebuah syarikat yang berlandaskan falsafah dalam menawarkan produk mesra alam dan kesihatan yang baik. Shaklee selaras dan patuh pada prinsip yang telah dibina oleh pengasasnya, Dr Forrest C Shaklee.

Visi yang diilhamkan oleh Dr. Shaklee masih diteruskan melalui matlamat syarikat dengan menghasilkan produk berkualiti dan semula jadi yang menyokong kesihatan alam sejagat.
Dengan prinsip asas ini, Dr. Shaklee telah mencipta syarikat yang bertujuan untuk mencipta kehidupan yang lebih sihat. Beliau telah menghabiskan masanya dengan mencipta syarikat berlandaskan naluri yang dicipta untuk mempertingkatkan kehidupan setiap insan yang ditemui dan dipandu oleh satu prinsip utama “Berikan yang terbaik kepada setiap insan sebagaimana anda ingin diperlakukan oleh mereka”

Dengan matlamat untuk menjadi peneraju dunia dalam produk kesihatan dan kesejahteraan kehidupan, Shaklee sangat berdedikasi untuk terus menyumbang dalam produk inovasi, kecemerlangan sains.
Jutaan insan telah bertukar kepada produk nutrisi Shaklee sebagai salah satu tahap kualiti kehidupan dan Shaklee merasa bangga dapat mengeluarkan dan menjual produk terbaik seumpamanya.

Pada 2004, Ripplewood Holdings LLC dan Activated Holdings LLC telah mengambil alih perniagaan Shaklee di seluruh dunia oleh Yamanouchi Pharmaceutical Co. Ltd. Shaklee merupakan pengeluar dan pengedar ulung nutrisi, penjagaan peribadi, penjagaan rumah dan produk rawatan udara termasuk 45 paten di seluruh dunia.
Apa jua yang anda perlukan, kami harap anda dan keluarga tersayang anda akan seronok menikmati kehidupan yang lebih sihat melalui produk dan peluang yang ditawarkan oleh Shaklee.

Antara visi dan misi SHAKLEE untuk seluruh penduduk di Malaysia.

Suka kan? Jom kita ber'SHAKLEE' sekarang! (:


ASAS PENGENALAN SHAKLEE

APA ITU SHAKLEE?

SHAKLEE merupakan sebuah syarikat yang berlandaskan falsafah dalam menawarkan produk mesra alam dan kesihatan yang baik. Shaklee selaras dan patuh pada prinsip yang telah dibina oleh pengasasnya, Dr Forrest C Shaklee.

Shaklee Products (Malaysia) Sdn Bhd merupakan anak syarikat kepada Shaklee Corporation yang berada di Amerika Syarikat. Shaklee Malaysia telah memulakan operasinya semenjak bulan Ogos 1995 yang berpangkalan di lokasi strategik iaitu di Subang Jaya, Selangor serta mempunyai enam (6) buah cawangan yang terletak di negeri-negeri seluruh Malaysia iaitu di Pulau Pinang, Ipoh, Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kota Bharu dan Kota Kinabalu.

Shaklee Malaysia menjalankan operasi perniagaannya mengikut garis panduan Akta Jualan Langsung 1993 dengan Lesen Jualan Langsungnya yang bernombor AJL93747.