Monday, 18 November 2013

RESDUNG

Hari sabtu dekat booth Raudhah Di Hatiku.

Ada sorang auntie datang: Terus picked up Vita C 500mg and Alfalfa. And siap keluarkan duit nak bayar.

so i tanya:
- salam auntie, auntie amik Vita C dan Alfalfa ni untuk rawat ape eh? -

Auntie: oh anak auntie ada resdung. tapi bila dia consume these two products. resdung dah takde dah, so auntie nak dia continue guna.

Wah, bestnya! 


Anda tahu tak resdung tu ape?

Pengenalan Resdung:

Resdung adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan pelbagai penyakit hidung.

Salah satu punca gejala-gejala resdung adalah akibat jangkitan bacteria keatas hidung dan rongga disekelilingnya.

APAKAH SINUS ?

RESDUNG
Sinus sebenarnya adalah rongga rongga didalam tulang muka disekeliling hidung. Rongga ini bersambung ke hidung melalui aluran aluran yang sangat kecil.

Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga rongga ini setiap masa dan disalirkan kedalam hidung. Jika aliran dari sinus ini tersumbat maka lendir ini akan berkumpul seterusnya kumam bacteria akan membiak didalam rongga sinus ini. Ini menyebabkan penghasilan nanah dan juga bengkakan didalam lapisan hidung.

GEJALA SINUSITIS:
Sumbat hidung.
Lendir dari hidung dan tekak
Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata,
Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
Gejala alahan hidung seperti bersin ,gatal hidung dan sebagainya

KEMUDARATAN SINUSITIS (RESDUNG):
Jangkitan nanah dikawasan sekeliling mata
jangkitan otak
Sakit tekak yang kronik
Jangkitan tulang muka
Menerukkan keadaan lelah
Berdengkur secara kronik Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil
Alahan hidung
Selsema biasa yang melarat



No comments:

Post a Comment